Selamat datang ke cabaran ‘15 Minutes to Love’!

Ibu/Bapa sekalian, kami berasa gembira untuk anda memulakan aktiviti istimewa ini di mana anda akan berhubung dengan keluarga secara intensi setiap hari di dalam jadual yang padat.

Setkan peringatan harian pada kalendar anda untuk 30 hari berikutnya bagi memelihara hubungan yang paling penting di dalam hidup anda.

Apa yang akan berlaku selama 30 hari yang akan datang?

Selama 30 hari berikutnya, anda akan menerima aktiviti-aktiviti untuk mengukuhkan ikatan keluarga secara kreatif beserta dengan Perbualan Berhubung (atau soalan-soalan untuk merapatkan hubungan dengan anak anda secara lebih dekat dan peribadi). Setiap aktiviti akan mengambil lebih kurang 15 minit, walau bagaimanapun, sila gunakan lebih masa (lebih-lebih lagi sekiranya anda berasa seronok meluangkan waktu ini bersama).

Hari-hari tertentu akan diperuntukkan ‘Pit Stop’ supaya anda boleh merenung kembali perjalanan anda sebagai ibubapa. Ambil kesempatan ini bagi memperbaharui komitmen anda untuk berhubung dengan keluarga anda secara intensi setiap hari.

Apabila anda meneliti aktitiviti-aktiviti ini setiap hari, anda akan nampak lima ikon berikut, yang akan mewakili elemen-elemen yang terbabit di dalam aktiviti tersebut.

Keluarga

(Melibatkan keluarga)

Ibu/Bapa Sahaja

(Ibu/Bapa Sahaja)

Kediaman

(Berhubung di rumah)

Teknologi

(Menggunakan peranti)

Alat Sokongan

(Memerlukan peraga)

Anda sudah sedia?

Berikut adalah tiga petua supaya anda boleh menyediakan diri dari segi mental dan emosi.

BERHUBUNG

Beri perhatian kepada anak-anak anda. Masa yang anda luangkan untuk mereka akan menunjukkan yang anda berusaha sedaya upaya.

TERLIBAT

Ingatkan diri anda supaya jangan terlalu serius dalam kehidupan. Libatkan mereka (ahli keluarga) supaya lebih ceria. Bukan semua perkara perlu diambil dengan serius.

INGAT

Ingat kenapa anda bermula. Bila anda mengalami kesukaran, ingat kembali kenapa anda mulakan cabaran ini.

Sorakan sokongan dari kami buat anda untuk 450 minit seterusnya!

LOG MASUK SERTAI CABARAN INI